FAQ


Kenapakah penting bagi kita menguruskan dan menjaga kulit kepala?

Amat penting bagi kita menguruskan dan menjaga kulit kepala secara kerap kerana ia merupakan tempat pertumbuhan rambut. Kebanyakan syampu yang didapati di pasar dicipta untuk mencuci dan merapikan rambut kita tanpa melibatkan penjagaan kulit kepada. Lama kelamaan, dengan pengumpulan bahan perapi dan minyak semulajadi yang dirembeskan oleh kulit kepala (sebum), satu lapisan berkilat akan terbentuk di atas ubun-ubun kulit kepala kita.

Apakah “Lapisan Berkilat” yang terdapat di atas kulit kepala?

Bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap pertumbuhan rambut secara normal?

Lapisan berkilat adalah satu kombinasi DHT (Dihydrotestosterone) dan sebum yang dikeluarkan dari kelenjar minyak. Ia adalah cecair lapisan berlilin yang kurang menyenangkan, dan ia tidak mudah untuk larut dan dicuci dengan syampu biasa. Lipid hydrophobic akan menyekat dan mencegah liang rambut dari tumbuh secara normal.

Berapa kalikah rambut boleh tumbuh melalui setiap liang rambut?

Dalam keadaan normal, rambut boleh tumbuh melalui setiap liang rambut sebanyak 32 kali. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, jumlah ini tidak selalunya tercapai akibat dari cucian yang tidak sempurna dan penggunaan pelembap yang berlebihan terhadap kulit kepala (melalui penggunaan bahan pelembap),

Apakah kitaran pertumbuhan rambut normal? Bolehkah ia dipendekkan? Bagaimana?

Setiap helaian rambut sepatutnya melalui 3 fasa: Peringkat pertumbuhan Anagen (2-6 tahun). Catagen – peringkat Rehat (102 minggu), dan peringkat Telogen-shedding (gugur) (5-6 minggu). Selepas itu kitaran akan melalui peringkat Anagen semula. Ini bermakna, di dalam keadaan normal, kitaran pertumbuhan rambut normal sepatutnya selama sekurang-kurangnya 6 tahun.

Di dalam kebanyakan kes, kitaran pertumbuhan rambut normal dipendekkan oleh sekatan akibat DHT (Dihydrotestosterone). DHT menyekat bekalan nutrien ke akar rambut dan otot-otot arrector pili dan mengakibatkan rambut terpaksa melalui proses pengecilan (rujuk animasi untuk keterangan lanjut). Kelemahan otot-otot ini akan menjadikan rambut lemah.

Apakah DHT (Dihydrotestosterone) dan apakah yang mengakibatkan pengeluaran DHT yang tinggi?

DHT dihasilkan oleh reaksi enzim dengan testosterone (hormon lelaki) di dalam kulit tisu tindakbalas– bahagian ubun-ubun di atas kulit kepala. Faktor-faktor penyebabnya adalah keturunan, tekanan, diet (terlalu banyak lemak binatang), tidak sihat, ubat-ubatan dan faktor alam sekitar.

Apakah botak dan rambut jarang adalah keturunan?

Tidak. Seseorang tidak akan mewarisi kebotakan atau masalah rambut jarang daripada bapa mereka, tetapi mereka boleh mewarisi penyebab-penyebabnya. Oleh itu, adalah amat penting seseorang itu memahami penyebab-penyebabnya dan memperbetulkannya pada peringkat awal.

Apakah ada petanda awal mengalami botak dan rambut jarang atau luruh?

Tubuh kita akan mula menghasilkan DHT sewaktu peringkat remaja (15-18 tahun). Ia akan terhasil melalui acne (jerawat) atau kulit muka berminyak pada awal peringkat umur. Keadaan lain adalah seperti alopecia areata (tompokan-tompokan botak di antara telinga), rambut gugur berlebihan (lebih dari 50 helai sehari), dan pertumbuhan bulu tubuh yang berlebihan adalah simptom-simptom awal.

Kenapa Mau Plus Scalp Balancing Cleanser dan Mau Plus Scalp Spa Treatment perlu untuk setiap orang?

Muka kita memerlukan pencuci muka, penyegar dan pelembap. Sebab yang sama juga kita memerlukan sistem Mau Plus – ia adalah pencuci dan sistem penjagaan kulit kepala. Mau Plus Scalp Balancing Cleanser dengan enzim aktif akan melarutkan DHT dan sebum yang terkumpul di atas kulit kepala dan menyekat liang rambut. Ia adalah sistem pencuci mendalam terhadap kulit kepala. Mau Plus Scalp Spa Treatment akan membasmi kuman dan melembapkan kulit kepala, dan mengekalkan kesihatan kulit kepala untuk pertumbuhan rambut.

Kenapa terdapat kesan kemerahan dan rasa gigitan selepas menggunakan Mau Plus Hair Follicle Revitalizer?

Formulasi aktif vitamin mempertingkatkan peredaran dan aliran darah ke kulit kepala, yang mengakibatkan kesan kemerahan sementara pada kawasan yang disapu, dan dengan itu membenarkan bekalan nutrien badan menyuburkan akar rambut dan menggalakkannya tumbuh dengan lebat dan penuh.

Bagaimana boleh saya memeriksa perkembangan selepas menggunakan Mau Plus Series?

Keputusan yang jelas akan dilihat selepas beberapa minggu penggunaan di mana rambut yang lemah akan mula memperolehi tenaga dan jumlah pertumbuhan rambut akan dapat dilihat. Kekuatan akar rambut juga adalah bukti bahawa otot-otot arrector pili menjadi semakin kuat (otot-otot arrector pili mengeluarkan nutrien dari sumber yang sama dengan bekalan darah terhadap folikel rambut).

Berapa kerapkah patut saya menggunakan Mau Plus?

Sebaik-baiknya dua kali sehari. Sekali di waktu pagi dan sekali di waktu petang (terutama sekali bagi kulit kepala yang berminyak). Bagi wanita, mereka boleh mencucinya setiap selang sehari. Produk ini amat sesuai untuk semua jantina dan kumpulan umur.

Apakah Mau Plus Cleanser sejenis syampu pencuci untuk kulit kepala?

Jika ya, bagaimana untuk menggunakannya di salon?

Mau Plus Scalp Balancing Cleanser dan Mau Plus Scalp Spa Treatment bukannya pengganti bagi syampu rambut biasa atau perapi. Ia dicipta untuk merawat kulit kepala.

Mau Plus Scalp Balancing Cleanser

Pelanggan yang menggunakan Mau Plus Scalp Balancing Cleanser boleh menggunakan syampu biasa mereka untuk mencuci rambut mereka dan Mau Plus Scalp Balancing Cleanser boleh digunakan di atas kulit kepala selapas membilas syampu penjagaan rambut di salon. Bilas Mau Plus Scalp Balancing Cleanser selepas 1-2 minit mencuci kulit kepala. Gunakan Mau Plus Scalp Spa Treatment di atas kulit kepala dan perapi rambut pada rambut; biarkan selama 2-3 minit sebelum membilasnya.

 

PERKARA-PERKARA YANG
ANDA PATUT TAHU.

Apakah jenis-jenis biasa keguguran rambut?

Androgenetic alolpecia: Biasanya dikenali sebagai Male Pattern Baldness (bagi lelaki) atau Diffused Alpoecia (bagi wanita). Inilah faktor yang menyumbangkan 98% masalah keguguran rambut. Penyebab utama adalah akibat dari DHT (atau ramai yang memanggilnya masalah hormon).

AlopeciaAreata:Jenis ini diakibatkan oleh kelemahan sistem pertahanan badan. Ia akan wujud melalui tompokan-tompokan botak di atas kulit kepala di antara telinga.

Alopecia Totalis:Jenis ini diakibatkan oleh kelemahan sistem pertahanan badan. Ia akan wujud melalui keguguran rambut secara total di atas kepala.

Alopecia Universalis:Jenis ini diakibatkan oleh kelemahan sistem pertahanan badan. Ia akan wujud melalui keguguran rambut secara total di atas kepala dan juga di tubuh badan.

 

KAWALAN BARU YANG SEBENAR:
MEMBAIKI DAN MENGURUSKAN KULIT KEPALA.



Satu-satunya cara penyelesaian bagi merawat dan mengekalkan kulit kepala yang sihat dan akar rambut secara beransur-ansur adalah dengan melarutkan sebum dan kotoran yang terkumpul dan juga penyelesaian DHT. Selain bertindak sebagai pelembap, MAU PLUS Scalp Spa Treatment juga bertindak sebagai pembasmi kuman untuk kulit kepala selepas kesan pengelupasan MAU PLUS BALANCING CLEANSER. Kesan pelembap produk juga mengawal pengeluaran minyak berlebihan dari kelenjar sebum.

MAU PLUS HAIR SERUM menggalakkan bekalan nutrien ke akar rambut tanpa kesan sampingan. Ia adalah formulasi ideal bagi masalah keguguran rambut.

Satu penjagaan istimewa diperlukan bagi garis rambut yang semakin menyusut dan gugur di dalam peringkat lanjutan. MAU PLUS HAIR FOLLICLE REVITALIZER melindungi kesan toksik hasil sinaran matahari dan menggalakkan peredaran dan meningkatkan aliran darah ke kulit kepala, dengan ini membenarkan bekalan nutrien di dalam badan menyuburkan akar rambut dan menggalakkanya menjadi lebih lebat dan penuh. Ia juga melanjutkan peringkat anagen rambut.

Anda akan mengalami satu kesan pantas pencucian kulit kepala yang anda belum pernah alami sebelum ini!