Fakta tentang liang rambut
Fakta tentang liang rambut
Masalah keguguran rambut adalah masalah kulit kepala, bukannya masalah rambut. Pengetahuan tentang keadaan struktur liang rambut (tempat di mana tumbuhnya rambut) adalah asas bagi penjagaan pertumbuhan rambut yang sihat.
Dalam keadaan akar rambut yang sihat, terdapat tiub darah yang bertugas menghantar nutrien-nutrien ke liang rambut dan otot arrector pili. Kelenjar minyak bertanggungjawab bagi menghasilkan minyak semulajadi untuk melembapkan rambut.
Bekalan nutrien-nutrien secara konsisten oleh tiub darah ke liang rambut dan otot arrector pili akan memastikan kitaran pertumbuhan rambut secara normal (Anagen 2-6 tahun, Catagen 1-2 minggu dan Telogen 5-6 minggu). Kulit kepala yang bersih akan memastikan liang rambut kembali ke peringkat Anagen. Setiap liang rambut yang sihat dan bersih mempunyai kemampuan untuk tumbuh semula sebanyak 32 kali. Walau bagaimanapun, dengan masalah-masalah seperti cuaca yang panas, pencemaran alam, tekanan, urutan kulit kepala yang salah, pemakanan dan sebagainya boleh mengakibatkan kelenjar minyak menjadi terlebih aktif, lantas mengakibatkan kulit kepala menjadi terlalu berminyak.
Normal Hair Growth Circle